PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Smash Mouth iaitu Steve Harwell dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di kediamannya di Idaho, Amerika Syarikat pada Selasa. Steve meninggal dunia pada usia 56 tahun. Memetik laporan People, kematian Steve adalah disebabkan kegagalan buah pinggang. Steve menderita penyakit buah pinggang susulan tabiat pengambilan alkohol berlebihan. "Dia meninggal dunia dengan tenang dikeliling oleh keluarga dan teman rapat," jelas kenyataan pengurus mendiang. ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Celine Dion semakin merosot, harap ada keajaiban rawatan sindrom Stiff Person Beberapa hari sebelum penyanyi menghembuskan nafas terakhir, Steve sudah berada dibawah pemantauan di rumah dan berada dalam keadaan nazak. Mendiang yang juga merupakan pengasas kumpulan Smash Mouth pada tahun 1994, disahkan menghidap masalah buah pinggang sejak 2021 akibat pengambilan alkohol berlebihan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!