PENYANYI Joe Jonas dilaporkan sudah berpisah dengan isteri iaitu Sophie Turner selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Joe juga dikatakan sudah mengupah pasukan peguam bagi membantu menguruskan urusan penceraiannya dengan Sophie. Lebih menguatkan berita tersebut, Joe, 34, juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya ketika keluar di khalayak ramai. Joe Jonas dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya di khalayak. Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan perkahwinan pasangan itu sudah bermasalah sejak enam bulan lalu dan akhirnya memutuskan untuk bercerai. Bagaimanapun, pasangan itu kali terakhir dilihat menghadiri beberapa acara bersama beberapa minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun beli, Joe Jonas dan Sophie Turner jual semula rumah agam dengan harga RM70 juta ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas bakal jadi bapa, Sophie Turner kini hamil Dalam pada itu, Joe dan Sophie juga dikatakan bakal menjual kediaman mewah mereka yang terletak di Miami meskipun baru membelinya tahun lalu. Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Willa, 3 dan seorang lagi anak yang tidak didedahkan identitinya tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!