suria

Penyanyi baharu jatuh cinta dengan kekasih Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun ada ciri lelaki idamannya

Min Seo bersedia untuk dekati teman lelaki Jisoo.

PENYANYI Jisoo Blackpink nampaknya berdepan dengan ramai pesaing selepas mendedahkan dia sedang hangat bercinta dengan aktor Ahn Bo Hyun.

Mana tidaknya, penyanyi yang dikenali sebagai Min Seo mendedahkan dia menyimpan perasaan terhadap Bo Hyun dan mahu mendekati pelakon itu meskipun sedar jejaka itu milik Jisoo.

Kata Min Seo, Bo Hyun mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya dan tidak teragak-agak untuk merampas pelakon itu daripada tangan Jisoo.

Jisoo

Jisoo dan Bo Hyun ketika dilaporkan kantoi bercinta.

"Saya suka Ahn Bo Hyun, mungkin saya patut cuba dekati dia," katanya menerusi satu temu bual podcast yang dimuat naik ke YouTube.

Terkejut dengan kenyataan berani Min Seo, hos program tersebut turut mengingatkan penyanyi itu bahawa Bo Hyun sudah mempunyai teman wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink libas rambut, ‘reject’ lamaran peminat angkat sepanduk mahu jadi kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu bergambar, Jisoo rindu donat dan kopi - “Mesti sedapkan?”

Namun penyanyi itu tidak mengendahkan perkara itu.

Ogos lalu, syarikat pengurusan YG Entertainment dan FN Entertainment mengesahkan Jisoo dan Bo Hyun sedang menjalinkan hubungan cinta.

Bibit-bibit hubungan cinta mereka dapat dihidu oleh Dispatch apabila secara eksklusif melaporkan Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah penyanyi lagu Flower itu di Yongsan, Korea Selatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain