suria

Peminat ‘tangkap’ tengah dating, Jenna Ortega dituduh main cinta dengan Johnny Depp

Jenna minta agar tidak sebarkan berita palsu.

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Jenna Ortega menjadi sebutan selepas dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Johnny Depp.

Khabar angin itu tercetus apabila ada netizen terlihat kelibat pasangan itu di sebuah kawasan peranginan pada Julai lalu.

Jenan

Jenna sangkal dakwaan dirinya jalinkan cinta.

Namun ada pula pihak mendakwa Jenna dan Johnny tidak bercinta sebaliknya bakal bekerjasama dalam filem berjudul Beetlejuice 2.

Enggan memanjangkan khabar angin tersebut, Jenna turut menafikan mempunyai hubungan romantis bersama pelakon berusia 60 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat geli tengok gigi kuning Johnny Depp

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta pada minggu pertama ‘Wednesday’ ditayangkan

"Ia sangat tak masuk akal, saya tak boleh nak ketawa dengan gurauan itu.

"Saya tidak pernah bertemu atau bekerjasama dengan Johnny. Tolong berhenti sebarkan kisah tidak benar," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain