suria

Nichkhun 2PM berlakon babak panas, tak mahu ibu tonton filem The Modelizer 

Nichkhun tersipu malu diusik rakan-rakan tentang lakonannya.

PENYANYI Nichkhun daripada kumpulan 2PM menjadi bahan usikan rakan-rakannya selepas dia melakonkan babak ranjang menerusi filem lakonannya berjudul The Modelizer.

Disebabkan usikan itu, Nichkhun turut berharap agar ibunya tidak menonton filem berkenaan kerana dia akan berasa malu.

"Saya rasa buat pertama kalinya saya tidak mahu ibu saya menonton lakonan saya. Ia memalukan," katanya.

nich

Antara babak yang dilakonkan Nichkhun.

Nichkhun berkongsi mengenai perkara itu ketika muncul menerusi program Beat Coin bersama anggota 2PM yang lain.

Filem Hollywood itu sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat dan ia menjadi projek lakonan pertamanya di negara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nichkhun 2PM Akui Sedang Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Nichkhun dan Chansung 2PM buat kemunculan istimewa dalam drama Vincenzo

Bercakap lanjut mengenai babak panas itu, Nichkhun menjelaskan tidak mudah baginya melakukan aksi itu namun menyifatkan ia sebagai pengalaman berharga sebagai pelakon.

"Ia kisah cinta namun agak 'dewasa'... Tegang dan mengejutkan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain