suria

Mimi Peri tak akan kahwin, dedah alami masalah mati pucuk

Mimi mengakui mempunyai masalah batin.

PERSONALITI media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia tidak akan berkahwin susulan mendakwa dia mengalami masalah kebatinan iaitu mati pucuk.

Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, dia tidak mahu masalah dihadapi itu mengecewakan bakal isterinya kerana tidak mampu memberi nafkah batin jika dia berkahwin.

"Saya jujur saja dengan anda semua, saya tidak akan bernikah kerana saya mengalami masalah mati pucuk.

mimia

Mimi tidak mahu menyakiti hati calon isteri.

"Daripada saya mengecewakan calon isteri, lebih baik saya menahan nafsu seumur hidup.

"Sudah ya jangan tanya lagi soal (kahwin) ini. Saya tidak akan bernikah kerana tidak mahu menyakiti sesiapa pun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen keliru jantina sebenar Mimi Peri, sarung pakaian solat hadiah daripada Almy Nadia

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa paras dihina, Mimi Peri anggap netizen hanya bergurau... Impian bergambar depan KLCC akhirnya tercapai

Mimi membuat penjelasan itu sebagai menjawab pertanyan netizen yang sering bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung ini juga memberitahu dia hanya mahu mencintai diri sendiri dan memberi fokus untuk mencari wang.

Tambah Mimi lagi, dia pernah dikecewakan oleh cinta sebelum ini dan berjanji tidak akan pernah mendirikan rumah tangga.

"Saya pun tidak mahu disakiti oleh diri sendiri dan menyakiti orang lain. Saya lebih tenang mencintai diri sendiri... cari duit yang banyak, sudah saya tidak mahu bernikah.

"Sampai bila-bila pun saya tidak mahu bernikah kerana saya sudah banyak dikecewakan oleh wanita dan... Apa pun saya tidak mahu berkahwin," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain