suria

Sibuk mesyuarat sampai abai anak, putera Baim Wong cedera tangan kena jahit

Baim Wong kagum dengan keberanian anaknya ketika menerima rawatan di hospital.

MALANG tak berbau.

Itu yang terjadi kepada pelakon Baim Wong apabila anak lelakinya iaitu Kiano Tiger Wong mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanannya sehingga perlu menerima beberapa jahitan.

Baim, 42, bagaimanapun mengakui punca kejadian itu adalah disebabkan kelalaiannya menjaga Kiano yang ketika itu di bawah pengawasannya.

Kiano terima beberapa jahitan di tangan.

Anak Baim Wong iaitu Kiano Tiger Wong terima jahitan pada tangan kanannya.

"Minta semua doakan kesihatan Kiano... Salah saya sendiri sebab tak mampu menjaga dia dengan baik sedangkan ketika kejadian saya berada di pejabat sebab ada mesyuarat," katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Baim memuji Kiano yang baru berusia empat tahun kerana mampu menahan kesakitan meskipun tangannya menerima beberapa jahitan akibat luka dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik

ARTIKEL BERKAITAN: Nama adik Raffi Ahmad jadi bualan, dituduh perampas suami orang

"Boleh tahan besar lukanya sampai perlu menerima beberapa jahitan tapi anak saya kuat sebab mampu tahan sakit," ujarnya.

Baim memberitahu kejadian menimpa anaknya itu membuatkan dia gelabah namun bersyukur suami kepada model Tya Aristya iaitu Irfan berada di tempat kejadian bagi membantunya.

"Terima kasih Irfan sudah teman anak saya (Kiano) sepanjang rawatan itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain