JARANG dikaitkan dengan gosip cinta, pelakon Lee Jun Ki mendedahkan dirinya lebih selesa dengan kehidupan solonya ketika ini. Keakrabannya bersama adik perempuan membuatkan dia enggan berumah tangga. Malah mereka juga dikatakan telah tinggal bersama sejak 2013. "Sesiapa yang mengenali kami pastinya akan kata kami tidak boleh berkahwin kerana saling melekat antara satu sama lain. Lee Jun Ki bersama Yoo Jea Suk di rancangan You Quiz The Block. "Sebab kami terlalu sayang dan fahami antara satu sama lain," katanya. Lee Jun Ki mendedahkan perkara itu menerusi rancangan temubual You Quiz The Block baru-baru ini. Kata Lee Jun Ki, adik perempuannya juga yang menjaga makan minumnya sehingga dirinya mampu memberikan fokus terhadap kerjaya. ARTIKEL BERKAITAN: Foto lepak dengan kawan tersebar, Jungkook (BTS) kecewa sikap peminat ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dipenjara 10 bulan, anggota BAP Himchan berdepan dakwaan gangguan seksual kali ketiga Selain itu, mereka juga mempunyai minat sama dalam seni mempertahankan diri jujitsu dan sering menyertai pertandingan itu bersama-sama. Lebih mengejutkan, Lee Jun Ki juga akan marah jika adik kesayangannya itu mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain. "Saya akan benar-benar marah. Jikalau dia bukan orang yang yang baik, saya sanggup berhenti kerja sebentar untuk menguruskan hal itu. "Dia ialah ahli keluarga yang paling saya sayangi," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!