suria

Selepas fail cerai… Sam Asghari hilang kerja, Britney Spears pula sibuk pelancaran buku

Asghari tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan.

SELEPAS memfailkan penceraian terhadap penyanyi Britney Spears, Sam Asghari didakwa tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan.

Asghari yang juga merupakan ahli persatuan buruh SAH-AFTRA dilaporkan melancarkan mogok pada awal musim panas lalu kerana pertikaian berterusan yang berlaku dengan sebuah syarikat produksi.

Menurut laporan Page Six, lakonan Sam menerusi siri drama Paramount+ yang berjudul Special Ops: Lioness gagal menarik penonton selepas tayangan perdana karpet merah drama berkenaan dibatalkan gara-gara mogok.

britney1 - 1

Britney dan Asghari berpisah pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Toxic itu pula dikatakan tidak mempunyai kekangan bekerja kerana masih sibuk menguruskan kerjaya seninya.

Britney dilaporkan sedang menerbitkan memoirnya berjudul The Woman in Me yang dijadualkan bakal dilancarkan pada Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya dah tak kuat" - Britney Spears bersuara tentang Sam Asghari, enggan dedah punca berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin

Menurut laman web, The Woman in Me mengisahkan tentang kisah perjalanan hidup yang merangkumi beberapa aspek termasuk kebebasan, kemasyhuran, keibuan, kelangsungan hidup dan harapan.

Sementara itu, sumber mendedahkan Asghari tidak akan menerima satu sen pun daripada anggaran $15 juta (RM70 juta) yang diberi kepada Britney untuk memoirnya itu.

Pada 17 Ogos lalu, Britney dan Asghari dilaporkan sudah berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga.

NBC News melaporkan Sam juga sudah memfailkan penceraian terhadap Britney, selain sudah pun berpindah keluar daripada rumah mereka.

Asghari mendedahkan penyanyi itu bersikap curang terhadapnya yang menyebabkan dia memfailkan penceraian terhadap isterinya itu.

Malah Asghari turut mendakwa Britney menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang lelaki yang bekerja dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain