suria

Kontroversi lirik hina agama... RM BTS enggan mohon maaf, katanya itu hanya lagu

RM BTS enggan mohon maaf lagu Bad Religion seperti menghina Islam.

DIKECAM gara-gara lirik lagu kontroversi berjudul Bad Religion seperti menghina agama Islam.

RM BTS dengan tegas berkata bahawa ia hanyalah sebuah lagu.

Penyanyi itu juga enggan memohon maaf dengan apa yang berlaku sewaktu bersiaran langsung di aplikasi Weverse pada Rabu.

RM BTS kekal tidak mahu mohon maaf isu lirik lagu Bad Religion seakan menghina agama Islam.

RM juga dilihat tenang berbual dengan peminatnya meskipun ruangan komen dipenuhi pertanyaan mengenai isu itu.

"Saya tak hina agama, saya hormat setiap keyakinan. Itu hanya lagu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama BTS, RM akui sudah tidak kenal diri sendiri

Pada 16 Ogos, RM berkongsi lagu Bad Religion tersebut di Instastory miliknya.

Lagu itu juga merupakan salah satu lagu daripada album studio sulung Frank Ocean.

Justeru lagu Bad Religion itu telah memberikan imej buruk buat RM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain