suria

Foto lepak dengan kawan tersebar, Jungkook (BTS) kecewa sikap peminat 

Jungkook kecewa peminat tidak hormati waktu peribadinya.

GERAK geri dan keberadaan penyanyi Jungkook sentiasa menjadi perhatian apatah lagi peminat sukar mendekatinya susulan dikawal ketat pihak pengurusan apabila keluar dikhalayak ramai.

Bagaimanapun, anggota kumpulan BTS itu meluahkan rasa kecewa apabila foto dia bersama rakan selebriti, Min Gyu dan Cha Eun Woo tiba-tiba tular di media sosial.

Ketiga-tiga sahabat itu dilaporkan bertemu di sebuah restoran di Busan.

KD-10-1

Peminat sebar foto Jungkook makan bersama rakan selebriti.

Jungkook berkata, dia kecewa apabila privasinya diceroboh dan peminat tidak menghormati masa peribadinya.

"Saya bercadang untuk pergi (bertemu rakan-rakan) secara rahsia tapi sekali lagi, ia dimuat naik dalam talian," luahnya.

ARTIKEL BERKIATAN: Isu agama jadi bualan peminat, Jungkook BTS mengaku seorang Ateis

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan

Jungkook berkongsi kekecewaan itu ketika muncul dalam video siaran langsung di media sosial miliknya baru-baru ini.

Sebelum ini Jungkook pernah memberi amaran kepada peminat agar tidak menganggu dia sekiranya terserempak di luar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain