suria

Peminat bertuah luang masa seharian bersama V (BTS), terus lulus peperiksaan masuk tentera

Kim Ha Young berpeluang meluangkan masa bersama V.

SEORANG wanita menjadi peminat bertuah apabila diberi peluang menghabiskan masa seharian bersama anggota kumpulan BTS iaitu V menerusi sebuah program dalam talian berjudul Dingo Story.

Peminat tersebut Kim Ha Young terpilih selepas produksi tertarik dengan alasannya yang mahu bertemu V sebagai pemangkin semangat menduduki peperiksaan pemilihan pegawai tentera.

Memetik laporan Allkpop, V atau Kim Tae Hyung membawa wanita berkenaan melakukan pelbagai aktiviti termasuk bermain permainan arked selain mengambil gambar bersama di kedai foto.

v2 - 1

V berkongsi berita gembira di Instastory miliknya.

Episod tersebut bukan hanya membawa kegembiraan buat Ha Young, malah ia juga memaparkan sisi V yang jarang dilihat peminat.

Sementara itu, penyanyi lagu Boys With Luv ini turut memuat naik perkembangan Ha Young di Instastory miliknya mendedahkan wanita itu lulus peperiksaan ketenteraan yang didudukinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada karisma tersendiri, V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali bergabung 2025, BTS mula babak kedua selepas latihan ketenteraan

V turut berkongsi mesej yang dihantar Ha Young kepada penerbit rancangan itu yang memaklumkan dia lulus.

"Hari ini keputusan peperiksaan Akademi Tentera diumumkan. Saya rasa awak perlu tahu bahawa saya telah lulus.

"Saya sangat bangga kerana kini saya merupakan seorang tentera," katanya dalam mesej berkenaan.

Rata-rata netizen berkongsi rasa gembira dengan khabar berita itu dan turut teruja melihat Ha Young dapat meluangkan masa bersama V.

v3 - 1

V meluangkan masa bersama peminat bertuah.

"Saya juga terharu... Tahniah Ha Young. Saya sangat cemburu melihat awak dengan V.

"Saya tumpang gembira kerana dia (Ha Young) lulus peperiksaan ketenteraan itu.

"Wah, V sangat prihatin kerana berkongsi berita gembira tentang Ha Young," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain