BINTANG realiti Kim Kardashian berasa malu dengan sikap bekas suaminya iaitu Kanye West yang dikatakan sengaja mendedahkan punggungnya di khalayak ramai. TMZ melaporkan Kim memang mengikuti perkembangan penyanyi rap itu apatah lagi mereka mempunyai empat orang anak bersama dan tidak mahu mereka terkesan dengan sikap luar kawalan Kanye. "Saya malu dan risaukan keadaan dia... Saya tak tahu nak kata apa kalau anak-anak tanya fasal perkara itu," luahnya. Tindakan Kanye dan isteri memalukan anak-anak. Sebelum ini tular foto memaparkan pungggung Kanye semasa dia bercuti bersama isterinya, Bianca Censori di Itali. Menerusi foto yang tular, bahagian belakang seluar Kanye terdedah sehingga menarik perhatian pelancong lain yang mengambil gambar punggungnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tampil memukau pakai bikini ‘glow in the dark’, siap tulis kapsyen minta muhasabah diri ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali nafi buat pembedahan pada wajah, Kim Kardashian kantoi jumpa pakar bedah plastik Lebih mencetuskan spekulasi apabila Bianca pula sedang duduk dalam keadaan tunduk di celah kaki Kanye. Difahamkan kejadian itu berlaku semasa Kanye dan isteri menaiki bot menyusuri Sungai Venice. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!