suria

Tak sempat terima trofi di Festival Filem Venice, aktor ‘My Fault’ kena tahan buat serangan seksual

Gabriel ditangkap kerana melakukan serangan seksual.

KEMERIAHAN Festival Filem Antarabangsa Venice ke-80 tercemar apabila pelakon asal Sepanyol ditahan pihak berkuasa selepas dikehendaki atas tuduhan melakukan serangan seksual.

Gabriel, 22, ditahan pihak berkuasa Itali sehari sebelum dia bakal menerima trofi Pelakon Baharu Terbaik menerusi lakonan mantapnya menerusi filem My Fault.

Bagaimanapun pihak penganjur membatalkan kemenangannya itu selepas mendapat khabar pelakon itu ditahan pihak berkuasa.

Gabriel

Gabriel ditahan sebelum menerima trofi Pelakon Baharu Terbaik.

The Hollywood Reporter melaporkan pelakon itu mempunyai waran tangkap antarabangsa susulan dituduh melakukan serangan seksual di Perancis.

Gabriel ketika ini masih dalam tahanan polis di Itali sementara menanti mahkamah membuat keputusan berhubung proses ekstradisi terhadapnya dimulakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘tangkap’ tengah dating, Jenna Ortega dituduh main cinta dengan Johnny Depp

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hidayah’ makin jelita, peminat syak buat pembedahan plastik kali kedua

Pihak penganjur festival itu turut mengesahkan penahanan Gabriel.

Untuk rekod, Gabriel yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial membuat kemunculan sulung menerusi drama bersiri Nardic Skam sebelum menempa populariti dalam filem My Fault yang ditayangkan menerusi platform Amazon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain