suria

Kesihatan Celine Dion semakin merosot, harap ada keajaiban rawatan sindrom Stiff Person 

Kesihatan Celine semakin merosot akibat sindrom Stiff Person.

KESIHATAN penyanyi Celine Dion dilaporkan semakin memburuk sejak disahkan menghidap penyakit Stiff Person Syndrome (SPS) sejak beberapa tahun lalu.

Adik kepada Celine iaitu Claudette Dion memberitahu penyanyi itu bagaimanapun belum berputus asa mencari rawatan terbaik agar dapat kembali pulih dan menghiburkan peminat.

Malah Claudette menyifatkan penyanyi lagu My Heart Will Go On itu seorang wanita yang tabah berdepan dengan penyakit tiada penawar berkenaan.

"Celine melakukan apa sahaja untuk pulih. Dia seorang wanita yang kuat," katanya seperti dilaporkan Hello.

Celine kini masih dalam pemantauan doktor.

Perkongsian Celine tahun lalu mengejutkan peminat.

Tambahnya lagi, mereka juga sukar mencari kaedah perubatan sesuai kerana penyakit SPS tidak mempunyai penawar.

Penyanyi itu yang kini menetap di Las Vegas dan berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selain pakar fisioterapi.

"Dia selalu mengalami kekejangan pada otot. Sukar untuk kami membantu atau mengurangkan sakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion batal konsert jelajah Eropah, dedah hidap penyakit tak dapat diubati ‘Stiff Person Syndrome’

"Semoga ada penyelidik yang dapat menemui jalan penyelesaian," ujarnya.

Disember tahun lalu Celine mengejutkan peminat dengan perkongsian tentang masalah tersebut sehingga terpaksa membatalkan semua konsert jelajah di Eropah.

Penyakit itu juga kata Celine turut memberi kesan kepada vokalnya susulan sering mengalami kekejangan otot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain