BINTANG realiti Kourtney Kardashian dilaporkan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas dikejarkan ke sebuah hospital di Los Angeles pada Isnin lalu. Paparazi yang berjaya merakam foto Kourtney dilihat berjalan keluar dari hospital sambil dipapah suaminya iaitu Travis Barker dan dilihat dalam keadaan baik. Ia sekaligus menolak spekulasi bahawa Kourtney telah melahirkan anak. Ia sekali gus menolak spekulasi bintang realiti berusia 44 tahun itu mengalami keguguran. Ramai membuat spekulasi Kourtney mengalami keguguran selepas Travis tiba-tiba membatalkan kemunculan bersama kumpulan Blink-182 dengan memberitahu mempunyai urusan keluarga. Pembatalan itu membuatkan ramai percaya sesuatu berlaku kepada Kourtney yang sedang hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian umum hamil, buat kejutan untuk Travis Barker di konsert Blink-182 ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian cetakan wanita berbogel kena kecam, peminat panggil Kourtney Kardashian sebagai sampah! Sebelum ini, Kourtney membuat kejutan apabila mengumumkan dia hamil ketika Travis sedang mengadakan konsert bersama Blink-182. Menerusi video yang dimuat naik, Kourtney menulis nota mendedahkan dia sedang hamil yang dipaparkan ke arah skrin gergasi sebagai kejutan buat Travis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!