suria

Joe Jonas masih pakai cincin kahwin, isteri hadir konsert Jonas Brothers bersama Priyanka Chopra

Joe masih menyarungkan cincin perkahwinannya.

PENYANYI Joe Jonas menolak dakwaan dia dan isteri Sophie Turner sudah berpisah seperti hangat diperkatakan.

Mirror melaporkan beberapa jam selepas berita perpisahan pasangan itu tersebar, Joe dilihat pakai cincin perkahwinannya ketika mengadakan konsert bersama Jonas Brothers yang diadakan di Texas, Amerika Syarikat.

Sophie turut dilihat hadir ke konsert tersebut bersama birasnya Priyanka Chopra yang juga isteri kepada Nick Jonas.

joe1 - 1

Sophie dilihat menghadiri konsert Jonas Brother.

Isnin lalu, pasangan itu dilaporkan sudah berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Penanyi lagu Gotta Find You itu dikatakan sudah mengupah pasukan peguam bagi membantu menguruskan proses penceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas dan isteri berpisah, sudah upah peguam uruskan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun beli, Joe Jonas dan Sophie Turner jual semula rumah agam dengan harga RM70 juta

Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan perkahwinan pasangan itu sudah bermasalah sejak enam bulan lalu dan akhirnya memutuskan untuk bercerai.

Bagaimanapun, pasangan itu kali terakhir dilihat menghadiri beberapa acara bersama beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Willa, 3 dan seorang lagi anak yang tidak didedahkan identitinya tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain