suria

Khabar angin Jo In Sung bakal kahwini Park Sun Young tersebar, agensi tampil jawab spekulasi

Park Sun Young buka pintu hati buat Jo In Sung.

PELAKON Korean Selatan Jo In Sung dikhabarkan bakal berkahwin dengan pelakon serta pengacara Park Sun Young tidak lama lagi.

Bagaimanapun khabar angin mendakwa Jo In Sung dan Park Sun Young bakal berkahwin menerima bantahan daripada pihak agensi iaitu IOK Company.

photo1694762465

Berita pernikahan Jo In Sung mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya.

Menerusi kenyataan rasmi agensi berkenaan, pihaknya berkata penularan berita tersebut adalah palsu serta tidak benar.

Pihak agensi juga mengesahkan pasangan ini tidak menjalinkan hubungan cinta buat masa ini dan berita itu sama sekali tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut salah tulis punca Jo In Sung tak buka akaun Instagram

"Kami telah mengesahkan dengan aktor tersebut dan itu sama sekali tidak benar," kata IOK Company kepada Sports Kyung Hyang.

"Berita perkahwinan itu sama sekali tidak benar dan mereka tidak bercinta pun," ujar agensi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain