suria

Kim Hieora mengaku pernah sertai kumpulan buli di sekolah, peras ugut dan minta wang rakan perbuatan memalukan

Kim Hieora akui kesilapan lama menjadi seorang pembuli di bangku persekolahan.

PELAKON berasal Korea Selatan Kim Hieora mengakui pernah terlibat dengan aktiviti buli di sekolah.

Kata Kim Hieora dia pernah mengambil wang daripada rakan sekolannya dan berasa malu apabila mengenangkan kembali kejadian itu.

Walaupun aktres ini pernah menafikan perbuatan tersebut, namun dalam satu temu bual bersama Dispatch pada 11 September lalu Kim akhirnya mengesahkan tentang kejadian itu.

size NP (1)

Kim Hieora ketika berlakon dalam drama The Glory.

"Sukar untuk mengaku, tetapi saya menyedari bahawa orang boleh membuli dan mendera orang lain sehingga tahap yang tidak dapat dibayangkan.

"Saya tidak pernah memikirkannya kerana saya tidak pernah berada dalam kedudukan Moon Dong Eun (watak utama dalam drama The Glory).

"Saya rasa saya juga membenarkan tindakan saya dengan berfikir, tahap ini tidak cukup untuk dilihat sebagai pembuli," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ucap selamat tinggal... Pelakon ‘The Glory’ Lee Do Hyun masuk tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Joo Young tak dedah payudara dalam ‘The Glory’, babak separuh bogel teknik CGI

Terdahulu, semasa berada di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju, Wilayah Gangwon, khabar angin tersebar bahawa pelakon itu adalah sebahagian daripada kumpulan buli dikenali sebagai Big Sangji, yang terkenal dengan aktiviti seperti peras ugut, serangan dan penderaan lisan.

Bagaimanapun, aktres itu menganggap itu adalah proses kematangan dalam hidup dan akui perbuatan lampau itu sebagai perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain