suria

Selepas seminggu fail cerai, Joe Jonas akhirnya buka mulut jawab kontroversi berpisah dengan isteri

Joe akhirnya membuka mulut selepas seminggu menfailkan perceraian.

PENYANYI Joe Jonas akhirnya membuka mulut selepas seminggu tidak membuat kenyataan susulan menfailkan perceraian terhadap isterinya, Sophie Turner.

Menurut Los Angeles Times, Joe ketika mengadakan persembahan bersama adik beradiknya di Stadium Dodger memaklumkan bahawa seminggu yang berlalu itu merupakan minggu yang sangat sukar baginya.

Joe juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan perceraiannya dengan Sophie kepada peminat di Los Angeles pada hujung minggu ini.

"Ia menjadi minggu yang sukar (bagi saya)," katanya.

Joe Jonas (2)

Joe ucapkan terima kasih kepada peminat kerana sentiasa memberi sokongan.

Penyanyi itu turut menyelar khabar angin negatif yang tular berkenaan perpisahannya bersama Turner.

"Saya cuma nak cakap, Jika anda tidak mendengarnya dari bibir ini, jangan percaya," katanya kepada ribuan peminat di stadium tersebut.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan dan juga kasih sayang yang diberikan.

"Saya dan keluarga saya sayang kamu semua," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas dan isteri berpisah, sudah upah peguam uruskan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas masih pakai cincin kahwin, isteri hadir konsert Jonas Brothers bersama Priyanka Chopra

Minggu lalu, Joe dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Turner di Miami-Dade County Florida.

Joe menyatakan bahawa hubungannya dengan bekas isterinya itu tidak dapat dipulihkan lagi.

Untuk rekod, Joe dan Sophie telah berkahwin pada 2019 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Willa, 3 dan seorang lagi anak yang tidak didedahkan identitinya tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain