PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani sememangnya terkenal dengan pelbagai kontroversi terutamanya mengenai kisah percintaannya sebelum berkahwin. Seorang wanita dikenali sebagai Pungky Sukawati mendedahkan suami kepada Mulan Jamela itu pernah menarik rambutnya ketika di bangku sekolah. Kata Pungky, kejadian tersebut berlaku di kantin sekolah mereka dan dia masih mengingati kejadian itu dengan jelas. Pungky kongsi kenangan bersekolah bersama Ahmad Dhani. Pungky mendedahkan perkara itu di dalam saluran YouTube Wawan Juniarso baru-baru ini. Jelas Pungky, Dhani bertindak seperti itu kerana cemburu apabila melihat dirinya diusik dengan senior sekolah mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19 Bagaimanapun katanya, hubungan mereka tetap baik sehingga ke hari ini malah mereka saling menyokong antara satu sama lain. Malah baru-baru ini Pungky juga bertemu dengan Dhani semasa konsert Jelajah Stadium Dewa 19 All Star 2023 di Stadium Gelora Bung Karno. Untuk rekod, Pungky dan Dhani pernah menjalinkan hubungan semasa mereka remaja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!