suria

[V] Keputusan nikah Mahalini ditentang netizen, Rizky Febian sedia bergelar suami - “Kalau tunggu sampai bila tak kahwin”

Rizky Febian sedang membuat persiapan untuk pernikahannya.

WALAUPUN sibuk dengan karier seni, penyanyi Rizky Febian tetap mencari ruang membuat persiapan perkahwinannya dengan Mahalini tidak lama lagi.

Malah kata Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 25, dia dan bakal isterinya itu berharap urusan mereka untuk membina masjid dipermudahkan.

"Saya dan Mahalini tidak mahu membuang masa... Sekarang kami masing-masing memang sibuk memberi fokus kepada karier dan konsert yang bakal berlangsung tetapi persiapan perkahwinan tetap berjalan.

"Sama-sama cari wang untuk merialisasikan satu tujuan yang sama. Kami berharap doa semua agar urusan (perkahwinan) dipermudahkan Allah," katanya kepada mStar.

Rizky Febian 2

Rizky dan Mahalini berharap agar orang ramai mendoakan hubungan mereka.

Rizky ditemui ketika hadi ke konti Suria FM bagi mempromosikan album terbaharunya yang berjudul Berona.

Penyanyi itu juga bakal mengadakan konsert An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Fabian di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur pada 3 November ini.

Dalam pada itu, Rizky berkata, meskipun usianya masih muda namun dia tidak melihat ia sebagai halangan untuk berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Mahalini.

Sedar status seorang suami bukan perkara kecil namun Rizky yakin sokongan daripada Mahalini dapat membantunya melayari bahtera perkahwinan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian bagi ‘hint’ tarikh nikah dalam album baharu, kongsi kisah cinta bersama Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Sule belum terbuka hati tamat zaman duda, sibuk urus perkahwinan Rizky Fabian dan Mahalini

"Saya tidak rasa gentar... Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila saya tak kahwin.

"Saya sedar memang akan mengharungi banyak rintangan, jadi saya dan Mahalini berjanji akan melaluinya bersama asalkan kami saling menyokong antara satu sama lain," ujarnya.

Rizky bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka dan akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.

Berdepan dengan kritikan netizen mengenai keputusan berkahwin, Rizky memberitahu dia membaca setiap komen diberikan dan menjadikan ia sebagai peringatan.

Rizky Febian 3

Rizky tidak pernah menghiraukan haters yang tidak mengukai hubungan mereka.

"Haters sebenarnya peminat yang ambil berat tentang kita sebab mereka boleh tahu apa kekurangan kita.

"Saya selalu beritahu Mahalini, jangan balas komen yang negatif sebaliknya ambil sebagai pengajaran dan perbaiki diri jika ada perkara yang benar diperkatakan.

"Selagi ia tidak menyinggung keluarga, tak menabur pasir dalam periuk nasi kita, biarkan sahaja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain