suria

Sudah hilang kegagahan bintang WWE Tyler Reks, kongsi transformasi tukar jantina

Ramai terkejut dengan perubahan yang dilakukan Gabbi atau Tyler Reks.

PADA Februari 2021, dunia hiburan dan sukan digemparkan dengan pendedahan mengejut ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) iaitu Tyler Reks yang membuat pembedahan menukar jantina.

Selepas lebih dua tahun hidup sebagai wanita, Tyler atau nama terbaharunya Gabrielle Alon Tuft, 45, sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi perjalanan transformasinya sebagai perempuan yang dianggap sudah sempurna.

Memuat naik beberapa keping foto terbaharu di Instagram, Gabrielle atau lebih mesra disapa Gabbi memberitahu perubahan tersebut tidak berlaku dalam sekelip mata sebaliknya banyak cemuhan, air mata dan pengorban terpaksa dilakukan.

"Perubahan tidak berlaku dalam tempoh satu malam," ujarnya.

gabbi 2

Gabbi kini semakin yakin dengan penampilannya.

Dalam satu hantaran berbeza, Gabbi memberitahu sekitar tahun 2016 dia mula membuat perubahan secara perlahan-lahan sebelum akhirnya mengambil keputusan membuat pembedahan menukar jantina pada 2020.

Gabbi juga berkongsi pada peringkat awal dia terpakssa memakai rambut palsu supaya kelihatan seperti seorang wanita meskipun bentuk tubuhnya masih lagi sasa.

Malah dia juga pernah melalui fasa tertekan apabila terlalu banyak cerita buruk tentang dirinya selain perkongsian media sosial mempersendakan keputusannya untuk berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual belum selesai, peminat kecam Lizzo goyang punggung di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Captain America’ Chris Evans sudah kahwin, pilih aktres asal Portugal sebagai isteri

"Orang mempersendakan tentang kehidupan saya di media sosial sehingga satu tahap yang keterlaluan.

"Saya rasa marah, hati hancur dan putus harap. Saya menangis terlalu lama," jelasnya.

Kini Gabbi semakin yakin berkongsi perjalanan hidupnya yang dahulu dikenali sebagai seorang lelaki gagah di gelanggang WWE sehingga bertukar menjadi wanita.

gabbi 3

Gabbi masih meneruskan perkahwinan dengan isterinya selepas menukar jantina.

Untuk rekod Gabbi juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Pricilla pada tahun 2002 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 12 tahun.

Meskipun masih meneruskan hubungan sebagai suami isteri selepas Gabbi menukar jantina, namun pasangan itu dikatakan kini sedang melalui fasa perceraian.

Gabbi memulakan karier di gelanggang WWE pada 2008 dan pernah bertarung dengan Drew Mcintyre, Leo Kruger, Curt Hawkins, Wade Barrett dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain