suria

Kes gangguan seksual belum selesai, peminat kecam Lizzo goyang punggung di IG

Peminat mengkritik tindakan Lizzo twerking.

PENYANYI bertubuh gempal Lizzo mengundang kemarahan netizen selepas berkongsi video dia sedang melakukan gerakan 'twerking' di media sosialnya.

Netizen mengkritik tindakan penyanyi itu susulan dia sedang berdepan tuntutan undang-undang berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap tiga penarinya bulan lalu.

Dalam klip yang dikongsi di Instagram miliknya, Lizzo dilihat hanya memakai pakaian dalam yang mendedahkan bahagian punggungnya sambil menari mengikut rentak lagi nyanyian Cardi B dan Megan Thee Stallion berjudul Bongos.

“Punggung saya, bunyi seperti bongoooooooo,” tulisnya dalam kapsyen.

Peminat berharap supaya Lizzo lebih serius terhadap kes yang sedap dihadapinya.

Sementara itu, menganggap sikap Lizzo itu seolah-olah dia tidak mempedulikan tentang kes mahkamah seolah-olah ia perkara remeh buatnya.

Ramai juga berharap penyanyi lagu About Damn Time tu menunjukkan sikap profesional atau kesal dengan dakwaan yang sedang menyelubungi dirinya.

"Kami semua memandang tinggi kepada anda dan sekurang-kurangnya tunjukkan dakwaan awak tidak terlibat dalam kes gangguan seksual itu benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta 3 penari buat perbuatan tidak senonoh, Lizzo berdepan saman

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan dituduh letak taruhan lumba kuda, ibu sifatkan fitnah - “Ini sangat biadab!”

"Sikap yang awak tunjukkan ini membuatkan ramai hilang hormat kepada anda," komen netizen.

Untuk rekod, Lizzo berdepan tindakan saman atas dakwaan melakukan gangguan seksual selain menimbulkan persekitaran kerja kurang menyenangkan.

Saman tersebut difailkan oleh tiga penari iringan Lizzo ketika tampil dalam sebuah acara di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Tiga individu yang membuat laporan berkenaan adalah Arianna Davis, Crustal Williams dan Noelle Rodriguez.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain