suria

Terkangkang di atas pentas depan pelajar universiti, Hwasa (Mamamoo) dipanggil polis

Hwasa beri kerjasama yang baik terhadap siasatan polis.

ANGGOTA kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan susulan persembahannya di Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan pada Mei lalu.

Kemunculan Hwasa pada persembahan itu didakwa memaparkan aksi keterlaluan sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa pelajar yang membuat laporan polis terhadapnya.

Difahamkan, Hwasa atau Ahn Hye Jin dipanggil memberi keterangan pada akhir Ogos lalu tentang persembahan berkenaan.

Hwasa

Ibu bapa anggap tarian Hwasa tidak sesuai dipersembahkan di universiti.

"Kami telah memanggil pengadu dan Hwasa untuk disoal siasat dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada agensi pengurusannya.

"Selain itu kami turut menyemak sumber lain untuk mendapat gambaran lebih tepat mengenai kontroversi itu," kata wakil polis kepada media.

Sebelum ini, Hwasa mengakui dirinya dikecam teruk berikutan tariannya yang kerterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kontroversi aksi lucah, Hwasa (Mamamoo) menangis baca komen melampau netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Hwasa (Mamamoo) alami 'Anxiety Disorder'

Malah dia mengakui komen negatif itu memberikan kesan cukup mendalam namun menerima dengan hati terbuka.

Pada acara berkenaan, Hwasa yang menyanyi lagu Don't Give tampil dengan aksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas.

Bukan itu sahaja dia secara spontan menjilat tangan sendiri sebelum menyapunya ke bahagian kelangkang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain