suria

Isu rumah tangga belum reda, pelakon Alexa Nikolas dakwa Joe Jonas pernah minta gambar bogel

Alexa (kanan) membuat pendedahan mengejutkan ramai.

KETIKA isu rumah tangganya menjadi bualan hangat, nama penyanyi Joe Jonas kembali panas apabila dia didakwa pernah meminta gambar bogel daripada pelakon Alexa Nikolas.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Alexa menerusi satu ciapan yang dibuat di laman X miliknya.

Menurut Alexa, 31, tindakan Joe itu dibuat ketika dia masih lagi memakai cincin lambang teruna atau purity ring.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas masih pakai cincin kahwin, isteri hadir konsert Jonas Brothers bersama Priyanka Chopra

"Saya bertemu Joe Jonas ketika usia remaja. Dia adalah lelaki yang memakai cincin teruna namun meminta gambar bogel saya," ujarnya.

Perkongsian tersebut menimbul tanda tanya dalam kalangan peminat kerana sebelum ini Joe bersama dua adik-beradik lain iaitu Kevin dan Nick mendapat didikan baik dari bapanya yang kuat berpegang pada agama.

Malah cincin yang dipakai oleh mereka juga menjadi lambang kekal teruna sebelum mendirikan rumah tangga.

joe jonas 2

Joe tidak lagi memakai cincin perkahwinan.

Joe, Kevin dan Nick yang juga merupakan anggota kumpulan The Jonas Brothers bagaimanapun memgambil keputusan untuk membuang cincin berkenaan pada tahun 2013.

Nama Joe atau Joseph Adam Jonas, 34, heboh diperkatakan kebelakangan ini susulan isu perceraian dengan isterinya Sophie Turner.

Joe dikatakan sudah memfailkan perceraian dan tidak lagi memakai cincin perkahwinan ketika tampil di konsert pada Jumaat lalu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain