suria

Surat sokongan buat pelakon ‘The 70's Show’ seolah setuju perbuatan rogol, Ashton Kutcher dan Mila Kunis mohon maaf

Ashton dan Mila membuat permohonan maaf secara terbuka.

PASANGAN pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikecam hebat susulan menulis surat sokongan kepada mahkamah tentang aktor Danny Masterson yang dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara atas kesalahan rogol.

Menjawab kritikan itu, Ashton, 45, menjelaskan dia dan Mila tidak berniat menyokong perbuatan dilakukan Danny sebaliknya surat itu ditulis sebagai memenuhi permintaan keluarga aktor itu.

Keluarga Danny meminta mereka menceritakan karakter aktor itu supaya ia boleh dijadikan pertimbangan mahkamah bagi mengurangkan hukuman dikenakan terhadapnya.

danny 1

Danny menerima hukuman penjara atas tuduhan merogol.

"Kami sentiasa menyokong mangsa terlibat dan keluarga Danny meminta kami menulis surat menceritakan tentang karakternya supaya ia boleh menjadi pertimbangan dalam keputusan mahkamah," jelasnya.

Ashton dan Mila memuat naik video permohonan maaf dan penjelasan tersebut di laman Instagram selepas teruk dikecam ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears separuh bogel sambil tunggang kuda, peminat suruh dapat rawatan psikologi

Danny yang juga pelakon sitkom The 70s Show bersama Mila dan Ashton dijatuhkan hukuman penjara minggu lalu atas tiga kesalahan merogol yang dilakukan antara tahun 2001 hingga 2003.

Pelakon berkenaan bagaimanapun akan mengemukan rayuan kerana percaya dia tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain