suria

Kecoh Lisa Blackpink berlari dalam mall di Thailand, rupanya ini punca tiba-tiba panik!

Lisa bersyukur beg tangannya berada dalam keadaan selamat.

KECOH di media sosial apabila kelibat anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa dilihat berada di sebuah pusat membeli belah di Thailand baru-baru ini.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian apabila penyanyi terkenal dengan lagu Lalisa itu dilihat berlari bersama sepupunya di dalam pusat beli belah berkenaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Lisa mengenakan seluar jean bersama kemeja T berwarna berlari sambil memegang tangan sepupunya ke sebuah kedai pakaian.

Lisa

Lisa ke pusat beli belah hanya di temani sepupu.

Difahamkan Lisa tertinggal beg tangannya di kedai pakaian yang dikunjungi mereka.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila kakitangan tersebut menyimpan barangnya dengan selamat.

Dalam video yang lain, Lisa kelihatan lega dan mengucapkan terima kasih kepada staf tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat Lisa teman ibu ke pasar jadi perhatian, rileks jalan tanpa bodyguard

ARTIKEL BERKAITAN: Takut ibu marah, Lisa Blackpink tak berani kongsi foto pakai bikini

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Lisa telah biasa berjalan bersama pengawal peribadi yang akan menjaga barang-barangnya.

"Dia lupa pengurus dengan pengawal dia tak ikut sekali balik Thailand.

"Nasib baik tertinggal dalam kedai, kalau dekat tempat umum tentu dah hilang.

"Mesti ada barang berharga dalam beg Lisa, itu yang cemas sangat kan," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain