suria

Fedi Nuril jaga hati isteri, tahu batas sebagai pelakon... “Peluk, cium pipi tiada masalah”

Fedi pastikan setiap babak lakonan tidak membuatkan isteri cemburu.

SERING memainkan watak romantis sebagai suami dalam filem, pelakon Fedi Nuril memberitahu dia mempunyai prinsip supaya babak tersebut tidak dilakonkan berlebihan.

Kata Fedi atau Fedrian Nuril, 42, dia harus meletakkan batas kerana perlu menjaga hati isterinya iaitu Vanny Widyasasti agar tidak wujud rasa cemburu yang keterlaluan.

Malah katanya sejak awal perkahwinan sekitar tahun 2016, mereka sudah menetapkan perkara yang boleh atau tidak dilakukan ketika berlakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga

"Ketika awal pernikahan saya dan isteri sudah bercakap tentang persetujuan kami berkaitan pasangan pelakon wanita dalam filem. Pegang tangan, berpelukan atau cium pipi tiada masalah, cuma tidak cium bibir.

"Ciuman pada bibir hanyalah untuk isteri saya. Harus ada batasan supaya ada sesuatu yang istimewa dia dapat tidak sama seperti orang lain," ujarnya seperti yang dipetik dari Kompas.

Tambah pelakon filem Ayat-Ayat Cinta ini, bukan mudah untuk dia membuatkan isterinya faham tentang tuntutan kerjaya kerana Vanny bukan seorang selebriti sepertinya.

fedi nuril 2

Fedi sinonim dengan watak romastis berstatus suami orang.

Dalam masa sama Fedi mengakui watak romantis sebagai seorang suami cukup sinonim buatnya sehingga sukar untuk dia membawakan karakter berbeza dalam sesebuah filem.

"Isteri saya bukan dalam kalangan orang dunia hiburan, jadi sukar untuk membuatkan dia faham. Namun saya cuba menjanjikan yang terbaik.

"Sebagai seorang pelakon imej lelaki baik sudah terbiasa dengan saya. Peminat juga kurang suka saya membawa watak antagonis," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain