AHLI kumpulan BTS iaitu V mendedahkan dia pernah terfikir mencederakan diri sendiri hanya kerana berasa terlalu letih dengan pelbagai komitmen sebagai seorang bintang terkenal dunia.V atau Kim Tae Hyung, 27, berkata, itu adalah satu-satunya jalan yang boleh dia fikirkan demi mendapatkan rehat disebabkan mengalami kepenatan melampau. "Saya pernah terfikir kalau saya cedera, adakah saya boleh berehat?," katanya.V BTS berkongsi mahu sakiti diri sendiri ketika dalam rancangan YouTube bertajuk Suchwita.V berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program YouTube Suchwita yang dikendalikan oleh rakannya Suga.Dalam pada itu, V memberitahu dia pernah menangis ketika BTS diminta memberi ucapan di Anugerah MAMA 2018 kerana terkenang betapa sukar perjalanan yang perlu ditempuh bagi menempa nama dalam industri hiburan.V juga memberitahu dia pernah mengalami kesukaran kerana merasakan kemajuannya lebih perlahan berbanding anggota lain BTS.ARTIKEL BERKAITAN: Ada karisma tersendiri, V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bertuah luang masa seharian bersama V (BTS), terus lulus peperiksaan masuk tentera"Saya mula membandingkan diri saya dengan orang lain."Sebab kemajuan saya lebih perlahan berbanding ahli lain dan pemikiran saya sedikit berbeza. Itukah sebab saya semakin penat?"Ahli yang lain sering nampak sempurna apabila membuat persembahan tapi saya pula terfikir apakah usaha saya sudah mencukupi," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!