TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelakon Indonesia Rizky Billar menjadi bualan ramai selepas dilaporkan menjual kereta mewah jenama Ferrari miliknya dianggar bernilai RM1 juta. Rizky atau Muhammad Rizky terpaksa mengambil keputusan melepaskan kenderaan berwarna kuning itu meskipun mempunyai nilai sentimental bersama isterinya iaitu Lesti Kejora. Menurut Rizky, meskipun berat buatnya melepaskan kenderaan itu namun dia khuatir kenderaan itu akan terbiar tanpa diselenggara dengan baik di bawah jagaannya. Rizky Billar dituduh jual kereta mewah sebab kegawatan ekonomi? "Sebenarnya kami sudah lama ingin menjualnya kerana sudah jarang digunakan, kami khuatir kereta ini menjadi akan terabai," kata Rizky Billar Menerusi temubual di saluran Youtube Intens Investigasi, Rizky menjelaskan dia memang sudah lama ingin menjual kenderaan mewahnya itu. Dalam pada itu, berita penjualaan kenderaannya menarik perhatian ramai netizen di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Lama menyepi akhirnya Rizky Billar kembali ‘trending’ di YouTube, kemunculan semula selepas isu rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya mengaku lempar bola snuker, Rizky Billar tiada niat cederakan Lesti Kejora Malah ada beberapa pihak turut mengaitkan pelakon Jodoh Wasiat Bapak Bapak 2 itu sedang mengalami kegawatan ekonomi hingga terpaksa menjual keretanya itu. "Mesti dia jual kereta sebab tak ada duit sebab ada banyak kereta kan? tak mampu nak bayar rasanya," komen netizen. Menjelaskan mengenai spekulasi itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu minatnya lebih tertumpu kepada kenderaan model Lamborghini berbanding Ferrari. "Kami sering menggunakan kereta yang lain, seperti Lamborghini, kereta yang kami jual ini hanya digunakan untuk acara-acara tertentu dan sekarang sudah sangat jarang," tambahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!