suria

Pelakon Billy Miller meninggal dunia dua hari sebelum ulang tahun kelahiran, didakwa berdepan depresi

Billy meninggal dunia pada Jumaat lalu.

PELAKON terkenal dari Amerika Syarikat Billy Miller dilaporkan telah meninggal dunia di Austin, Texas pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Dailymail, pemenang Anugerah Emmy itu meghembuskan nafas terakhirnya kira-kira dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-44.

Berita tersebut telah disahkan oleh pengurusnya, Marnie Sparer tanpa menyatakan punca kematian.

Miller (1)

Billy meninggal dunia dua hari sebelum tarikh lahirnya.

Kematian Billy disahkan oleh seorang individu di sebuah restoran di Los Angeles yang juga dipercayai rakan kongsi perniagannya.

Dalam pada itu, sumber mendedahkan Billy didakwa mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu.

Untuk info, Billy dilahirkan di Tulsa, Oklahoma pada 17 September 1979 dan dibesarkan di Grand Prairie iaitu sebuah bandar di luar Dallas.

ARTIKEL BERKAITAN: Cita-cita hasil filem terbitan sendiri tercapai... ‘Doh’ bukti Syafiq Kyle serius dalam bidang seni

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Texas di Austin, dia berpindah ke Los Angeles bagi bekerja dengan sebuah syarikat pengurusan hiburan.

Pada 2010, 2013 dan 2014, Miller memenangi Anugerah Emmy bagi pelakon utama dalam siri drama The Young and the Restless iaitu sebagai Billy Abbott.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain