suria

Peminat luah perasaan, Adele akhirnya mengaku sudah kahwin Rich Paul

Adele dilapor telah berkahwin bersama Rich.

PENYANYI Adele dilaporkan kini sudah kembali bergelar isteri sejak bercerai pada April 2019.

Menurut laporan portal hiburan TMZ, penyanyi lagu Go Easy On Me itu telah memberikan petunjuk bahawa dia telah berkahwin dengan kekasihnya, Rich Paul.

Ia berlaku semasa Adele sedang beramah mesra bersama peminat ketika pertunjukkan di Las Vegas pada Sabtu lalu.

Adele (1)

Adele dan Rich dilapor telah bertunang pada 2022.

Terdapat seorang peminat meluahkan perasaan dan meminta supaya Adele berkahwin dengannya namun penyanyi itu menolaknya dengan menyatakan bahawa dia telah berkahwin.

"Awak tidak boleh mengahwini saya. Saya normal (sukakan lelaki).

"Dan suami saya berada di sini malam ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu pasangan suami isteri umum jantina anak, Adele pula mengalirkan air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Adele dah bertunang, bilang hari bergelar isteri Rich Paul

Jawab Adele lagi, dia kini sah menjadi milik Rich dan meminta peminat itu untuk move on.

"Saya sekarang bersama dengan Rich... tinggalkan saya berseorangan," ujarnya.

Untuk rekod, Adele dan Rich telah menjalinkan hubungan sejak 2021 dan dikhabarkan telah bertunang pada 2022 selepas Adele dilihat memakai cincin berlian besar di jarinya.

Mereka telah bersama selama dua tahun selepas Adele dan bekas suami, Simon Konecki berpisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain