suria

Dewi Perssik pelik timbul gosip putus tunang, bersedia jika kembali solo... “Saya tak boleh paksa orang untuk bertahan”

Depe masih bahagia bersama Rully.

PENYANYI dangdut Dewi Perssik menafikan hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Rully sudah berakhir seperti yang heboh diperkatakan ramai.

Malah Dewi yang mesra disapa Depe turut memberitahu mereka kini boleh dikatakan sebagai pasangan bertunang selepas lelaki itu meminta restu daripada ibunya sendiri.

Menurut Depe juga dia lebih senang tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka termasuk membawa Rully ke mana-mana acara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah gaji bakal suami, netizen ketawakan Dewi Perssik... Tak percaya pendapatan sebulan RM60,000

"Hubungan kami berjalan dengan baik. Komunikasi juga masih lancar seperti biasa. Saya lebih senang ke mana-mana secara sendiri atau bersama ibu.

"Mungkin kami boleh disebut sebagai bertunang kerana dia telah meminta restu daripada ibu.

dewi perssik 2

Depe jarang berkongsi wajah Rully.

"Jika dia mahu putuskan hubungan ini, dia harus bercakap dengan ibu. Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita kami sudah putus," katanya seperti yang dipetik dari Liputan6.

Pada Februari lalu, Depe secara terbuka mendedahkan hubungannya bersama Rully selepas lebih lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya.

Bagaimanapun kisah mereka sering menjadi tanda tanya ramai kerana jarang dilihat bersama.

depe 2

Depe mendedahkan hubungannya dengan Rully pada Februari lalu.

Depe juga memaklumkan dia tidak meletakkan harapan tinggi percintaan bersama juruterbang itu akan berakhir ke jenjang pelamin.

"Sekiranya kami berpisah saya rasa itu tiada masalah. Semuanya terserah kepada takdir.

"Saya tidak boleh memaksa seseorang untuk terus bertahan dengan saya. Jika dia merasa senang, itu pilihannya sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain