suria

Selepas 2 tahun kahwin, Ariana Grande fail cerai kerana tiada lagi persefahaman

Ariana dan Delton berjaya capai kata sepakat untuk bercerai.

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ariana Grande akhirnya memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Dalton Gomez.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam dilantik Ariana, 30, yang memaklumkan alasan perpisahan adalah kerana tiada persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandemik punca perkahwinan Ariana Grande bermasalah, suami dah ada teman wanita baharu

Memetik laporan TMZ, Dalton juga sudah memfailkan jawapan balas selaras dengan permohonan yang dibuat Ariana.

Sumber juga menyebut pasangan berkenaan telah menyelesaikan beberapa tuntutan sebelum memfailkan permohonan cerai.

Mereka dikatakan melakukan proses perbincangan awal sejak Februari lalu sebelum mengumumkan perpisahan pada Julai.

ariana grande 2

Ariana mula rapat dengan Ethan sejak Julai lalu.

Sebelum ini Ariana juga pernah dilihat rapat dengan pelakon Ethan Slater selepas berpisah dengan Dalton.

Ariana dan Dalton mengambil masa lama sebelum mengemukan permohonan agar mereka dapat mencapai kata sepakat dalam beberapa urusan bersma bagi memudahkan proses mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain