suria

Berebut dengan anak, Brody Jenner bancuh kopi guna susu badan tunang sendiri - “Ia sangat lazat”

Brody teruja minum kopi bersama susu badan tunangnya.

GELAGAT personaliti televisyen Brody Jenner membancuh secawan kopi menggunakan susu badan milik tunangnya menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Brody berkata, dia mula mencampurkan susu badan milik tunangnya iaitu Tia Blanco selepas wanita itu melahirkan anak mereka.

Dedahnya, sebelum ini dia menggunakan susu kacang badam dalam minuman namun menggunakan susu badan sebagai langkah berjimat.

Bro

Brody teruja minum susu badan tunang buat kali pertama.

Lebih menarik perhatian apabila Brody turut berkongsi minuman tersebut bersama Tia dan menyifatkan rasanya lazat.

"Ia sangat lazat!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Brody Jenner lamar Tia Blanco di majlis ‘baby shower’, bertunang selepas setahun bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian umum hamil, buat kejutan untuk Travis Barker di konsert Blink-182

Jun lalu Brody dan Tia mengikat tali pertunangan ketika wanita itu sedang hamil tujuh bulan.

Pasangan itu menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain