suria

Raih pendapatan buat jualan online, Inara Rusli bantah kerajaan Indonesia tutup TikTok Shop

Inara Rusli tidak setuju TikTok Shop ditutup.

ISTERI penyanyi Indonesia Virgoun iaitu Inara Rusli membantah penutupan TikTok Shop yang menjadi sumber pendapatannya sejak berpisah dengan suami.

Inara berkata, sekiranya platform itu ditutup sumber pendapatannya akan terjejas dan tidak dapat menanggung tiga orang anaknya yang sednag membesar.

"Tiktok sumber pendapatan pertama saya untuk terus hidup, tiba-tiba sudah tiada ia memberi kesan kepada saya," katanya.

Inara, 30, meluahkan perkara itu selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan menutup TikTok Shop di negara itu berkuatkuasa 4 Oktober lalu.

NP

TikTok Shop adalah pendapatan pertama Inara untuk besarkan anak-anak selepas failkan penceraian.

Malah wanita itu berharap pihak kerajaan mengkaji dan menambah baik peraturan berhubung isu tersebut.

"Kalau hendak ditutup, saya tak setuju sebab masih ramai mendapat keuntungan berbanding rugi.

"Jadi pertimbangkan keputusan itu dengan menambah baik peraturan agar semua pihak mendapat manfaat," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit pun tak cemburu! Inara Rusli tidak terkejut Virgoun sudah jumpa pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh jalin hubungan sulit dengan peguam, digelar tiada maruah - “Saya masih isteri Virgoun”

Walaupun terkesan, Inara bagaimanapun memberitahu masih mempunyai pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan kehidupan harian.

Konflik rumah tangga Virgoun dan Inara masih berlarutan selepas penyanyi itu memfailkan penceraian pada Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain