suria

Bang Min Ah suka berhibur di kelab malam... sekadar menari tak ambil minuman keras

Bang Min Ah bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab merakam saat dirinya di kelab.

AHLI kelab Girl's Day iaitu Bang Min Ah mendedahkan dirinya gemar mengunjungi kelab malam meskipun namanya sudah dikenali ramai.

Kata Bang Min Ah, sekiranya ada masa terluang dia akan pergi ke kelab malam bersama rakan-rakannya.

"Saya masih muda jadi sibuk dengan berkerja dan kerap keluar rumah. Sekarang saya duduk di rumah tapi saya juga pergi ke kelab malam. Saya suka tempat itu," katanya.

min ah

Bang Min Ah buat pendedahan berani.

Bang Min Ah berkongsi perkara itu semasa muncul sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube milik Uhm Jung Hwa.

Terkejut dengan pendedahan tersebut, Uhm Jung Hwa bertanya tentang kewajaran berhibur di kelab malam memandangkan aktiviti itu tidak dibenarkan untuk seorang idol wanita.

"Tapi awak kan ahli kumpulan wanita? Boleh ke awak pergi kelab malam?," soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat wanita hamil dalam rumah Jungkook jadi tanda tanya, ada pula kata video suntingan

ARTIKEL BERKAITAN: BTS dan Blackpink terpilih selebriti Korea Selatan paling popular dunia

Menurut Bang Min Ah, dia ke sana sekadar berhibur dan tidak mengambil minuman keras selain memilih tempat yang kecil di mana sukar orang mengenalinya.

Namun dia mengakui bimbang sekiranya terdapat individu yang merakam dirinya ketika berada di kelab malam membuatkan dia kerap mencari tahu mengenai dirinya di carian Internet.

"Kami hanya keluar minum coke dan menari di kelab malam. Selalunya, kami akan ke kelab malam dekat Itaewon ataupun mana kelab-kelab yang kecil.

"Saya takut ada yang komen atau mengeluarkan apa-apa dekat sosial media tentang saya pergi kelab malam," dedahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain