BEKAS kekasih gelap David Beckham mendakwa dia bukan satu-satunya wanita yang dicurangi bekas pemain bola sepak England berkenaan. Rebecca Loos mendedahkan dia pernah menangkap David dengan seorang model sepanyol ketika menghadiri parti hari jadi pemain bola sepak Brazil iaitu Ronaldo Nazario di sebuah hotel pada 22 September 2003. Dakwa Rebecca, David dan model berkenaan menyorok di bahagian taman tempat acara berlangsung dan mereka dilihat berbual mesra tanpa menyedari perbuatan itu disedarinya. Rebecca berang apabila David menyangkal pernah menjalinkan hubungan terlarang dengannya. Dia yang bertugas sebagai pembantu peribadi David ketika itu mendakwa turut mendapat panggilan daripada isterinya iaitu Victoria Beckham yang gagal menghubungi pemain bola sepak berkenaan. "Victoria marah sebab dia cuba menelefon David tetapi panggilan itu tidak berjawab," dedahnya dalam satu temu bual pada 22 Oktober lalu. Rebecca berkata, Victoria dalam perbualan itu memintanya menjejaki David dan dia menuju ke bilik bintang bola sepak itu sebelum mendapati dua orang pengawal peribadi menjaga pintu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Kim Kardashian awet muda, tak percaya dah nak masuk 43 tahun... Tapi netizen kata hidung dan bibir nampak berbeza ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tampil memukau pakai bikini ‘glow in the dark’, siap tulis kapsyen minta muhasabah diri Ketika salah seorang pengawal masuk memanggil David, dia ternampak model berkenaan sedang baring di atas katil. Rebecca berkata, ketika itu hatinya berasa sakit kerana menyedari telah diperbodohkan David kerana turut dicurangi. Wanita berusia 46 tahun itu membuka mulut mengenai percintaannya dengan David selepas bekas pemain kelab Manchaster United itu menyangkal dakwaan mereka pernah menjalinkan hubungan terlarang sekitar 2002 dalam dokumentari Netflix Beckham. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!