suria

Aaron Yan hilangkan diri selepas dituduh merogol, siap tukar nama elak dikenali

Aaron dalam diam jalani rawatan kerohanian selepas tuduhan merogol.

PENYANYI Aaron Yan dilaporkan menghilangkan diri selepas bekas teman lelakinya dikenali sebagai Yao Le mendakwa dirogol selebriti itu ketika dia di bawah umur.

Tuduhan itu turut memberi kesan kepada kariernya di Taiwan apabila pelbagai program dan penaja memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan bekas anggota kumpulan Fahrenheit itu.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Aaron turut menukar namanya kepada Wu Lou Jia atau Wu Bing Ru sebagai memulakan kehidupan baru dan mengelak daripada dikenali.

aa

Aaron menyangkal dakwaan merogol teman lelakinya.

Salah seorang rakan penyanyi itu juga turut membawa Aaron ke sebuah kuil bagi memulihkan semangatnya secara rohani susulan tertekan dengan dakwaan tersebut.

Malah beberapa orang ahli numerologi juga menyarankan agar Aaron menukar namanya untuk mengembalikan tuah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Aaron menerima cadangan tersebut ataupun sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa rogol remaja lelaki 16 tahun, penyanyi Aaron Yan nafi wujud paksaan sebab mereka pasangan bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih jalan damai... Kesha tutup kes rogol, selesai luar mahkamah

Sebelum ini seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Raku mendedahkan dia pernah dipaksa melakukan hubungan seksual bersama Aaron ketika usianya 16 tahun.

Lebih teruk lagi apabila penyanyi berkenaan merakamkan aksi mereka tanpa persetujuan bersama.

Bagaimanapun Aaron menegaskan tiada sebarang unsur 'rogol' memandangkan ketika itu mereka adalah pasangan kekasih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain