PENYANYI Britney Spears mendedahkan peribadinya yang digambarkan sebagai remaja naif dan tidak pernah melakukan hubungan seksual di awal kemunculannya dalam industri adalah palsu. Britney, 42, sebaliknya berkata, dia sudah mula melakukan hubungan seks dan tidak lagi mempunyai dara sejak berumur 14 tahun. "Memandangkan saya mempunyai ramai peminat dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, pihak pengurusan menggambarkan saya sebagai seorang anak dara. Britney pelik mengapa orang menganggapnya sebagai seorang yang menjaga dara. "Walaupun di sebalik itu, saya dan Justin sudah lama tinggal bersama. "Saya melakukan hubungan seks ketika berusia 14 tahun... Urusan siapa jika saya bukan lagi dara atau pun tidak?," soalnya. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears tak buka aib Justin Timberlake, tulis kisah cinta dalam buku biografi tanda sudah ‘move on’ ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake Britney mendedahkan perkara itu menerusi buku memoir berjudul The Women in Me yang sudah pun berada di pasaran. Britney turut memuji pengacara Oprah Winfery yang menyatakan seksualiti seseorang itu bukan urusan orang lain. Buku tulisannya itu mendapat pelbagai reaksi apabila Britney mendedahkan pelbagai perkara panas termasuk pernah menggugurkan kandungan selepas dipaksa oleh Justin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!