suria

Lucinta Luna dakwa sudah kahwin di Thailand, nak fail cerai sebab Alan lebih suka main ‘game’

Lucinta sedih diabaikan Alan selepas hadiahkan komputer riba.

PERSONALITI media sosial transgender sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan teman lelakinya dikenali sebagai Alan di Thailand.

Bagaimanapun Lucinta mendakwa Alan mula berubah sikap sejak mereka berkahwin dan bersikap dingin terhadapnya sejak menerima hadiah sebuah komputer riba.

Lucinta memberitahu dia berasa seperti seorang hamba kerana Alan sibuk bermain permainan video menggunakan komputer riba sehingga mengabaikannya.

NP (1)

Lucinta dedah sudah kahwin di Thailand dengan Alan.

Disebabkan itu, Alan sudah tidak mempedulikan tentang dia dan mahu menuntut cerai.

Sebelum ini Lucinta memberitahu pertunangannya dengan Alan sekadar content dan meluahkan hasrat mahu bertaubat.

Dalam pada itu, Lucinta memberitahu sudah move on daripada Alan namun tidak pula mendedahkan tentang kehamilannya yang didakwa sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertunangan sekadar content... Lucinta berpisah dengan Alan, luah hasrat mahu bertaubat

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dakwa sedang hamil, tunang Lucinta Luna pulang Ukraine masuk tentera

Perkembangan terbaharu Lucinta mengenai Alan membuatkan ramai mula berasa meluat dengan drama yang dicipta malah tidak mempercayainya.

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain