PELAKON Indonesia bernama Sunandar berkongsi kisah sedih melalui hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa tinggal di dalam hutan. Atas faktor kewangan, Sunandar memilih untuk meninggalkan kehidupan di kota dan membina rumah sendiri di kawasan terpencil terletak di Lembang, Bandung Barat, Indonesia. Di sebalik kisah duka hidup miskin, pelakon filem Petualangan Sherina ini turut menceritakan kejadian mistik yang berlaku sepanjang tiga tahun dia tinggal di tempat berkenaan. Sunandar membina rumah kecil di dalam hutan. Menurut Sunandar dia tidak merasa bersendirian di sana kerana ada wanita yang menemaninya. Mereka bertemu di sebuah kawasan di hutan berkenaan, dan wanita itu juga pernah mengajak Sunandar untuk tinggal bersama. "Saya sering berjaga malam dan pada suatu hari saya bertemu di hujung hutan ketika sedang menikmati udara segar. ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan ketiga dah masuk tahun keempat, Rina Nose bangga pecah rekod masih bertahan ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslow jual barangan peribadi, bantu kumpul dana untuk rakyat Palestin "Dia pegang tangan saya dan saya betul-betul merasainya. Dia juga pernah mengajak saya untuk tinggal di kampungnya yang terletak tidak jauh dari situ. "Namun sehingga kini saya tidak pernah tahu nama wanita itu," katanya dalam satu temu bual. Menerusi perkongsian itu, ramai yang mula beranggap wanita tersebut ialah puntianak yang biasa tinggal di dalam hutan begitu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!