TERUJA perkahwinan kali ketiga sudah memasuki tahun keempat, pengacara dan pelawak Rina Nose berkata ia merupakan satu pencapaian terbaik dalam hidupnya. Memetik laporan Detikcom, Rina atau Rina Permata Puteri, 39, berkata rumah tangga dibina bersama Josscy Vallazza Aartsen ini telah memecah rekod sejarah perkahwinannya sebelum ini. "Ya pecah rekod ni (tempoh perkahwinan). Sekarang ini kami menjalani hubungan suami isteri seperti biasa... kami hanya jalani hubungan ini seadanya," katanya. Rina dan suami menyambut ulangtahun perkahwinan keempat 22 Oktober lalu. Dalam pada itu, pengacara program Big Stage musim kelima ini turut memberitahu biarpun mereka suami isteri menjalani hubungan jarak jauh, namun ia tidak sesekali merenggangkan hubungan mereka. "Ya walaupun suami saya menetap di Belanda, tetapi hubungan kami tetap rapat. ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose belum fikir soal anak, tak kisah dituduh mandul ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose tak mahu ada anak, bimbang gagal jadi ibu yang baik "Kami banyak berkomunikasi dan saya rasa ia juga kunci kebahagiaan kami... dari sebelum bernikah memang kami banyak berkomunikasi," ujarnya. Untuk rekod, Rina dan Josscy mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober 2019 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebelum itu, Rina pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertama tidak pernah didedahkan kepada umum. Perkahwinan kedua bersama Ridwan F Anwar pula hanya bertahan selama setahun dan tidak juga dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!