suria

Paris Hilton betul-betul hilang sabar! Bengang netizen ejek kepala anak

Paris Hilton kecewa anak lelakinya menjadi bahan ejekan netizen.

PENYANYI Paris Hilton dilihat sudah hilang sabar selepas gambar terbaharu bersama anak lelakinya berusia lapan bulan iaitu Phoenix Barron dihujani komen melampau daripada netizen.

Paris berkata dia tidak boleh menerima komen ditulis itu dan berasa sakit hati apabila penampilan fizikal bayi itu dijadikan bahan hinaan.

NP (1)

Kapsyen di IG story milik Paris yang dilihat kecewa dengan komen segelintir netizen.

"Menjalani kehidupan dalam perhatian, komen tidak dapat dielakkan, tetapi menyasarkan anak saya, atau orang lain dalam hal itu, tidak boleh diterima.

"Ini menyakitkan hati saya yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.

"Saya telah bekerja keras untuk memupuk persekitaran yang mementingkan kasih sayang, rasa hormat dan saya mengharapkan perkara yang sama sebagai balasan," katanya.

Tambah Paris dia berharap netizen mempunyai sifat empati sebelum berkata-kata mengenai anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto anak Paris Hilton jadi bahan umpatan, disamakan dengan watak ‘Stewie Family Guy’

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang

Sebelum itu, ada netizen tergamak mempersendakan wajah anak Phoenix susulan kepalanya yang besar berbanding tubuh.

Komen ditulis itu mengundang pelbagai reaksi peminat sehinggakan ada yang meminta Phoenix tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum.

Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter Reum pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat.

Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain