suria

Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus, komitmen kerja punca hubungan cinta tak kekal lama

Jisoo dan Ahn Bo Hyun umum putus cinta.

HUBUNGAN cinta antara penyanyi Jisoo dari kumpulan Blackpink bersama pelakon Ahn Bo Hyun dilaporkan sudah berakhir.

Memetik laporan portal hiburan Korea Selatan, kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja dan mahu memberikan fokus kepada karier seni.

Mereka bagaimanapun dikatakan masih kekal bersahabat.

jisoo 2

Jisoo mahu fokus kerjaya.

"Disebabkan jadual kerja yang padat, mereka mula berjauhan dan membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta," jelas kenyataan berkenaan.

Sementara itu pihak YG Entertainment yang mewakili Jisoo turut mengesahkan hal tersebut dalam satu keyataan ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink libas rambut, ‘reject’ lamaran peminat angkat sepanduk mahu jadi kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi baharu jatuh cinta dengan kekasih Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun ada ciri lelaki idamannya

"Benar Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah," ujar pihak mereka.

Ogos lalu Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara terbuka mendedahkan mereka mula bercinta selepas beberapa bulan mereka rapat.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Jisoo bakal memulakan penggambaran filem pertama lakonannya pada Disember ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain