PERSONALITI media sosial transgender sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan sudah berpisah dengan tunangnya iaitu Arten Boltian atau lebih dikenali sebagai Alan. Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, malah memberitahu dia sudah bertaubat dan ingin berubah ke arah kebaikan selepas ini. "Alhamdulillah sekarang Cici Luna sudah taubat dan akaun ini kembali sah menjadi milikku. Ini semua doa daripada semua keluargaku. Hantaran yang dimuat naik semula oleh Lucinta. "Hidup janda. Cici Luna sudah menjanda lagi," katanya menerusi hantaran di Instagram. Dalam pada itu, Lucinta turut memberitahu sudah move on daripada Alan namun tidak mendedahkan mengenai kehamilannya. Bagaimanapun ramai yakin selepas ini Lucinta akan memaklumkan kandungannya mengalami keguguran akibat bersedih dengan perpisahannya bersama Alan. ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dihalau keluarga, jiran gelar sampah masyarakat ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dakwa sedang hamil, tunang Lucinta Luna pulang Ukraine masuk tentera Pengumuman Lucinta mengenai hubungannya dengan Alan sudah dapat dihidu oleh pengikutnya kerana sejak awal lagi menganggap hubungan mereka hanya sekadar content. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!