suria

Tak mengaku pernah curang, kekasih gelap minta David Beckham berhenti menipu

Rebecca Loos minta David berterus terang di dalam dokumentarinya.

BEKAS wanita simpanan David Beckham iaitu Rebecca Loos meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan bekas pemain bola sepak Manchester United itu menerusi dokumentari berjudul ‘Beckham’ yang disiarkan menerusi Netflix.

Ia susulan David, 48, tidak bercakap jujur tentang hubungan sulit mereka pada 2004 dan seolah-olah berlagak mangsa dalam hal tersebut.

Malah bekas model itu juga meminta bersikap jujur dan bertanggungjawab atas kesilapan dilakukan mereka berdua dan bukannya meletakkan kesalahan kononnya dia punca Victoria Beckham menderita.

loosa

David dan Rebecca sewaktu muda.

"Saya tahu dia ada air muka yang perlu dijaga. Tapi berlagak seperti mangsa dan membuatkan saya seperti pembohong dalam cerita ini bukan caranya.

"Dia sepatutnya bertanggungjawab dengan apa dia lakukan bukannya menagih simpati orang lain," luahnya.

Rebecca sebelum ini pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan David yang mana ketika itu dia bertindak sebagai pembantu pemain bola sepak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 bentuk cincin hadiah David Beckham buat isteri, paling istimewa ketika hari lahir ke-30 Victoria

ARTIKEL BERKAITAN: Tempat parkir kereta lokasi Victoria jumpa David Beckham, elak percintaan dihidu peminat

Dedah Rebecca dia dan David menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan sebelum dia dipecat.

Menerusi dokumentari tentang dirinya itu, David menyangkal curang terhadap Victoria malah menyifatkan isterinya itu adalah segala-galanya.

"Saya tidak tahu bagaimana kami mengharungi perkara itu sejujurnya. Victoria adalah segalanya buat saya.

"Melihatnya terluka sangat sukar, tapi kami adalah pejuang... Kami perlu berjuang untuk satu sama lain dan keluarga kami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain