suria

Bekas kekasih dakwa Kanye West dahaga perhatian, bercinta macam jaga kanak-kanak

Julia tidak dapat meneruskan hubungan dengan Kanye.

PELAKON Julia Fox menyifatkan hubungan cinta dua bulan bersama penyanyi rap Kanye West sebagai memenatkan.

Julia turut menggambarkan percintaan dengan Kanye seperti sedang menguruskan seorang kanak-kanak yang menagih perhatian.

"Fokus saya adalah terhadap anak lelaki dan dia sentiasa menjadi keutamaan.

"Namun hubungan dengan Kanye terlalu berlebiham... Saya rasa sedang menguruskan dua orang kanak-kanak dalam satu masa," katanya.

kanye1 - 1

Hubungan Kanye dan Julia hanya bertahan dua bulan.

Julia membuat pendedahan itu ketika muncul menerusi program bual bicara The Drew Barrymore Show.

Dalam pada itu, Julia berkata, Kanye memerlukan seorang wanita yang mampu memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Fox tulis memoir tentang bekas teman lelaki, dedah tak pernah disentuh Kanye West

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West muncul tak pakai baju, tutup payudara guna bantal

Jelas Julia, dia tidak mampu meneruskan hubungan itu kerana mahu memberikan perhatian penuh kepada anak dan bukan Kanye.

"Saya rasa dia (Kanye) memerlukan wanita yang dapat memberikan perhatian sepenuhnya dan saya tidak boleh menjadi seperti itu.

"Saya menyedari perkara ini dan enggan meneruskannya lagi kerana tidak mahu menggantikan perhatian kepada anak saya," ujarnya.

Julia dan Kanye dilaporkan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan selepas penyanyi itu berpisah dengan selebriti Kim Kardashian tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain