suria

Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas 8 tahun, tampil dalam konsert penutup terhebat 2023

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert menampilkan Hrithik Roshan.

BINTANG Bollywood Hrithik Roshan bakal berkunjung ke Malaysia selepas lapan tahun menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live in Concert pada 1 Disember depan.

Pelakon filem Kaho Na Pyar Hai akan tampil dengan persembahah luar biasa diiringi barisan penari hebat dan tentunya koregrafi tarian yang ditunggu peminat.

Pengarah urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata, pihaknya teruja dapat membawa salah seorang aktor terkenal dengan bayaran termahal di India kembali ke negara ini.

hrithik3 - 1

Hrithik bakal menemui peminat di Kuala Lumpur.

"Membawa Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

"Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia bertemu dengan peminat yang sentiasa memberikan sambutan hangat... Bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu," katanya.

Dalam pada itu, Shahkeer turut menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia destinasi terakhir konsert Noah, ambil keputusan berehat daripada bidang muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran pilih Malaysia, konsert ’+ - = ÷ x (The Mathematics Tour)’ 24 Februari tahun depan

Ia juga bakal membuktikan bahawa pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati di Malaysia.

"Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang dianjurkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

"Ramai peminat merindui kehadiran bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia," ujarnya.

hrithik2 - 1

Hrithik antara pelakon Bollywood yang menerima bayaran termahal.

Selain Hrithik, konsert itu juga bakal diserikan dengan barisan penghibur penari terhebat termasuk Prabhu Deva, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan tiket sudah mula dijual bermula 19 Oktober lalu.

Harga tiket bermula RM149 sehingga RM3,500 untuk tiket VIP yang boleh didapati di laman web Yessbossticket.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain